Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
MDB Anjur Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut 29 April Ini
Majlis Daerah Besut (MDB) bakal menganjurkan Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut di Sekolah Menengah (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut pada 29 April ini.
Yang Dipertua MDB, Ab Rasid Jusoh berkat, penyertaan bagi liga tersebut adalah terhad dan diberikan keutamaan kepada pasukan yang berdaftar lebih awal.
“Untuk liga ini, kita hanya membuka penyertaan kepada 256 pasukan sahaja dan sehingga hari ini lebih 100 pasukan telahpun menghantar permohonan untuk menyertainya dengan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap pasukan.
“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 April ini dan undian turut akan diadakan pada hari tersebut di SMK Tengku Mahmud 2 pada jam 4.00 petang,” katanya ketika dihubungi Teganukita.
Ab Rasid berkata, Johan bagi liga tersebut bakal membawa pulang RM5,000 diikuti naib johan (RM2,000), ketiga dan keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan (RM500).
Katana, liga tersebut diadakan bagi menggalakkan rakyat untuk bersukan selain memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di antara penduduk setempat.