Memperingati Jasa Ulama Dalam Perjuangan Kemerdekaan

Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bertindak selaku moderator dalam Forum Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan. Foto - Abu Ubaidah
Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU - Anak-anak muda digesa agar memperingati jasa ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, anak muda mesti menghargai dan merasai betapa susahnya detik-detik mencapai kemerdekaan.

"Kita berhimpun pada malam ini bagi mengembalikan nostalgia supaya anak muda khususnya merasai betapa susahnya mencapai detik-detik merdeka.

"Detik sukar mencapai kemerdekaan itu juga diperjuangkan oleh para ulama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Malam Ambang Hari Kemerdekaan 2018 di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, semalam (30 Ogos).

Majlis sambutan Malam Ambang Hari Kebangsaan 2018 itu telah dimulakan dengan Forum Gegar Ambang bersama pendakwah-pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haji Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharim.

Tag: