MPP PSMZA Sedia Pikul Tanggungjawab

DUNGUN, 20 April - Seramai 29 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) sesi 2021/2022 bersedia memikul tanggungjawab dengan memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu pihak politeknik untuk menjayakan program-program yang direncanakan.

Yang Dipertuanya, Julia Sabreena Mohd Sobri berkata, sesungguhnya amanah yang diberikan  amat berat, namun begitu insya-Allah mereka di pihak barisan kepimpinan akan terus mengorak langkah sedaya upaya melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

"Kami amat memerlukan sokongan padu serta bantuan rakan-rakan, barisan pensyarah serta pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan jayanya," katanya. 

Julia berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai upacara penerimaan watikah di Majlis Watikah Pelantikan MPP PSMZA sesi 2021/2022 di sini, b aru-baru ini. 

Sementara itu, Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata, pemimpin pelajar berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab, membantu pensyarah dan pentadbir agar dapat mewujudkan satu persekitaran politeknik yang kemas dan teratur. 

"Galaslah tanggungjawab ini dengan penuh rasa tanggunngjawab kerana anda semua adalah pemimpin dan juga tunjang utama, contoh dan juga tauladan bagi rakan siswa yang lain," ujarnya. 


Tag: