lightning-solid
Berita :
MTL: Jangkaan Hujan Lebat Berterusan, Kemaman Di Zon Merah
MTL: Jangkaan Hujan Lebat Berterusan, Kemaman Di Zon Merah
Ahmad Zaeem Zainudin
28 Nov 25
496

KUALA TERENGGANU, 28 November - Daerah Kemaman kini berada pada zon merah susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) setakat jam 10:00 malam tadi. 

Amaran tersebut melibatkan kategori Bahaya (Merah), Buruk (Jingga) dan Waspada (Kuning) yang dijangka memberi kesan ketara kepada kawasan berisiko.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu notis, ketiga-tiga tahap amaran dijangka untuk mengalami hujan berterusan sehingga 29 November ini.

Antara daerah lain di Terengganu bakal terkesan dalam tempoh tersebut termasuk kesemua tujuh daerah lain yang dikenalpasti pada kategori Buruk (Jingga).

Berdasarkan maklumat terkini daripada INFOBENCANAJKM (28 November - 02:08 pagi), 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sejak semalam di Kemaman, mencatatkan 957 mangsa (248 keluarga) dari tiga mukim.

Angka itu meletakkan daerah tersebut di tempat ketiga mangsa tertinggi diikuti Setiu (1,107 mangsa, 395 keluarga - 21 PPS) dan Marang (1,305 mangsa, 367 keluarga - 9 PPS), manakala Kuala Nerus masih kekal sifar mangsa.

Penduduk Kemaman khususnya di kawasan yang mudah dinaiki air disarankan berwaspada, mengikuti perkembangan semasa dan mematuhi sebarang arahan pemindahan daripada pihak berkuasa.

Untuk mendapatkan akses maklumat bencana semasa, orang awam boleh melayari lama sesawang ataupun aplikasi MyCuaca serta laman sosial media rasmi Met Malaysia.


Tag :

Artikel Berkaitan