KUALA TERENGGANU, 18 Oktober – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mula menguatkuasakan tindakan kompaun terhadap kesalahan tempat letak kereta bermula hari ini.
Dato Bandar, Lizan Che Mat berkata, pengguna tempat letak kereta di bawah seliaan MBKT disarankan menggunakan aplikasi Setel bagi membuat pembayaran parkir dan mengelakkan tindakan kompaun
"Kutipan parking bermula sepenuhnya 18 okt, 1-15 haribulan baru-baru ini sekadar makluman parking bermula.
"Jika dok bayar parking mulai 18hb , kita akan mula kenakan saman, kesalahan tidak bayar parking," jelasnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
Pengguna juga diingatkan supaya memastikan bayaran parkir dibuat sebelum meninggalkan kenderaan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Kegagalan membuat bayaran parkir akan menyebabkan pengguna berdepan tindakan kompaun mengikut peraturan yang ditetapkan.
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Setel menerusi Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk memudahkan urusan pembayaran parkir.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak MBKT menerusi talian hotline 096261139 atau e-mel malbase.kt@malbase.com.my.