lightning-solid
Berita :
Newor@KBT Peluang Pengunjung 'Menyapa' Warisan
Newor@KBT Peluang Pengunjung 'Menyapa' Warisan
Mohd Irsyadi Abu Bakar
09 Nov 25
265

KUALA TERENGGANU, 9 November - Program Newor@Kampung Budaya Terengganu (KBT) menjadi platform penyatuan budaya dan produk-produk warisan secara interaktif.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Hilman Hajijan berkata, penganjuran program di bawah selian Muzium Negeri Terengganu itu memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk merasai sendiri dan memahami lebih dekat warisan serta budaya di Terengganu.

IMG_20251108_110756.jpg 4.98 MB
"Orang ramai boleh datang menikmati sendiri secara visual, rasa apa yang diketengahkan.

"Produk-produk warisan dizahirkan secara nyata dalam program yang berlangsung tiga hari sehingga Isnin (esok).

"Program ini amat seiring dalam kita mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, selain ia turut menjadi persediaan kita melaksanakan Tahun Melawat Terengganu 2027," katanya.
IMG_20251109_134702.jpg 941.83 KB
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Newor@KBT yang disempurnakan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Terengganu, Zubariah Abdullah.

Menurutnya, penganjuran edisi ketiga ini dirasakan paling meriah dengan anggaran kehadiran 20,000 pengunjung dan secara tidak langsung bakal meletakkan tanda aras baharu dalam penganjurannya.

"Boleh dikatakan semua (warisan) ini masih hidup dalam masyarakat kerana kita masih ada pembuat, pengamalnya.
IMG_20251108_112725.jpg 5.91 MB
"Cuma, apa yang kita harapkan akan ada generasi penyambung. Kesinambungan ini yang menentukan bahawa utuhnya jati diri kita sebagai rakyat Terengganu yang ada budaya unik tersendiri," tambahnya.

Newor@KBT yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang turut menyajikan pertandingan gasing pangkah, pertunjukan silat dan wayang kulit secara interaktif yang membolehkan pengunjung mencuba dan mempelajari asas kesenian yang dipamerkan.
IMG_20251109_134820.jpg 4.89 MB


Tag :

Artikel Berkaitan