Jalur Gemilang
Berita :
Kereta Kabel di Chemerong Berpotensi Buka Dimensi Baharu Pelancongan Terengganu
Kereta Kabel di Chemerong Berpotensi Buka Dimensi Baharu Pelancongan Terengganu
Adli Mohamad
9 jam yang lepas
128

KUALA TERENGGANU, 18 November - Cadangan membangunkan kemudahan kereta kabel di Hutan Lipur Chemerong dilihat satu idea berimpak besar dan berpotensi membuka dimensi baharu sektor pelancongan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Dato' Razali Idris berkata, dengan dibangunkan kemudahan tersebut akan membolehkan lebih ramai pengunjung datang ke negeri ini bagi meneroka keindahan kawasan air terjun dan pergunungan.

Katanya, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman adalah mempunyai asas yang sangat realistik kerana tidak semua pengunjung memiliki kemampuan fizikal untuk mendaki laluan Chemerong yang terkenal dengan cabaran bentuk muka buminya yang tersendiri.

"Walaupun saya bersetuju dengan cadangan itu, saya minta pihak Jabatan Perhutanan membuat kajian terlebih dahulu.

"kita tidak mahu membuat keputusan secara tergesa-gesa tanpa melihat kesesuaian kawasan dan kesannya terhadap alam sekitar,"ujarnya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata sekiranya kajian mendapati cadangan itu sesuai dilaksanakan, kemudahan berkenaan akan memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang sudah tentu akan menjadi salah satu tarikan negeri yang baharu.

"Mereka berpeluang menikmati panorama Kawasan Chemerong dari sudut pandang lebih luas, termasuk keindahan air terjun, menikmati sendiri pengalaman berada di Gunung Berembun yang menjadi antara puncak tertinggi di Kawasan Langsir yang menjadi lokasi perkhemahan terakhir bagi pendaki.

Justeru, katanya dengan idea yang sangat baik itu beliau memaklumkan kerajaan negeri sedang memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan asas secara berperingkat.

"Khususnya penyediaan tapak perkhemahan di kawasan bawah sebelum mempertimbangkan pembangunan lebih besar pada fasa seterusnya,"ujar beliau.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan