Empat Daerah Kembali Dilanda Banjir, Besut Catat Mangsa Tertinggi
KEMAMAN, 13 Ogos - Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua lagi mangsa bot karam yang dilanggar tongkang di perairan Kemaman, Ahad lalu, ditamatkan hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata, operasi selama tiga hari itu ditamatkan pada 7 malam.
Katanya, ia berikutan selepas pasukan penyelamat gagal menemui sebarang petunjuk.
"Kita melakukan pencarian meliputi seluruh kawasan pencarian. Operasi pencarian dibantu penyelam daripada Skuadron Selam bawah kendalian Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia serta dua pesawat udara dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Bagaimanapun, usaha mencari akan diteruskan oleh APMM Terengganu dalam skala lebih kecil bermula esok," ujarnya kepada pemberita.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Ahad, sebuah bot nelayan membawa sembilan individu, termasuk tekong, untuk mencandat sotong dan memancing karam selepas dilanggar tongkang.
Lima daripada sembilan mangsa terselamat, dua mangsa ditemukan lemas, manakala dua lagi, Yusof Kassam, 66 dan Aina Husna Mohamad Husaini, 25, masih belum dijumpai.