lightning-solid
Berita :
Ops Supik Hitam: ADUN Ladang, Pejabat Agama Edar Risalah Peringatan
Ops Supik Hitam: ADUN Ladang, Pejabat Agama Edar Risalah Peringatan
Mohamad Farhan Anam
14 jam yang lepas
107

KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Satu operasi peringatan sempena Ramadan menerusi Ops Supik Hitam dijalankan di Pasar Payang pagi tadi, melibatkan ADUN Ladang, Zuraida Md Noor bersama pihak Pejabat Agama Kuala Terengganu.

Dalam operasi itu, risalah peringatan diedarkan kepada peniaga dan pengunjung. 

Memo peringatan turut ditampal sebagai langkah meningkatkan kesedaran awam berhubung adab serta pematuhan peraturan sepanjang bulan Ramadan.

Zuraida berkata, usaha berkenaan bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, sebaliknya sebagai tanda tanggungjawab bersama dalam menjaga kesucian bulan Ramadan.

“Ramadan datang hanya setahun sekali. Rugi sekiranya kita mencemarkannya dengan perkara yang boleh mendatangkan keburukan,” katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut.

IMG-20260223-WA0012.jpg 307.42 KB

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menghormati Ramadan dengan menjaga adab di tempat awam serta mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa agama.

Tambahnya, teguran yang diberikan adalah sebagai peringatan penuh kasih sayang agar keberkatan Ramadan dapat dirasai bersama oleh seluruh masyarakat.

Operasi berkenaan dilihat sebagai langkah proaktif dalam memastikan suasana Ramadan di kawasan tumpuan awam terus terpelihara dengan baik dan harmoni.

IMG-20260223-WA0014.jpg 342.24 KB


Artikel Berkaitan