Sebat : Terengganu Junjung Syariat Islam, Undang-Undang Negara
Ahmad Razif ketika ditemui di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. |
UMNO Terengganu perlu memastikan bahawa hala tuju, selain perlu membuat persediaan rapi jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata persediaan rapi itu termasuklah merubah pendekatan kepada politik baharu yang boleh diterima rakyat.
"Jadi kerana itulah kita sudah tidak ada pilihan lagi. Kena pastikan bahawa persediaan rapi perlu dibuat dan penuh berstrategi. Yang paling utama adalah solidariti dan permuafakatan menyelesaikan segala isu dalaman dan sesama sendiri.
"Hari ini kita buat persediaan jentera kita yang terkuat kerana dalam ucapan presiden parti menyatakan bahawa PRU14 ini bukan sebarang pilihan raya," katanya.
Beliau ditemui pemberita di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata melalui ucapan yang penuh bersemangat oleh presiden UMNO tersebut turut menekankan tentang lima perkara bagi terus mendapat sokongan dari setiap ahli.
"Pertama adalah berkait solidariti dimana kita mesti mempunyai kekuatan dan permuafakatan. Kedua berkait dengan berada di landasan yang betul. Seterusnya adalah memastikan dari segi penguasaan media.
"Seterusnya kita kena memantapkan lagi kekuatan kita (UMNO) ini dan akhirnya Insyaallah kita beristiqamah serta berserah pada Allah," katanya.