Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk Bertukar Lokasi

KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah berpindah ke lokasi baru bermula semalam.

Lokasi tersebut bertempat di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai bersebelahan restoran CR Signature Western & Thai Food dan Surau Kampung Padang Luar. 

Menurut ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi antara faktor lokasi pejabat tersebut berpindah ialah bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan.

"Lokasi yang baharu ini lebih mudah untuk orang ramai nampak kerana ia terletak di tepi jalan utama (Jalan Sultan Mahmud).

"Di samping itu juga, keadaan pejabat lama kurang sesuai kerana masyarakat yang datang ke pejabat untuk berurusan perlu menaiki tangga ke tingkat atas dan pintu masuk juga berada di sebelah belakang. 

Lokasi pejabat lama

"Justeru, ia menyukarkan bagi mereka yang berumur atau kurang upaya untuk datang berurusan di situ," jelas Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita.

Menurut beliau lagi, pejabat tersebut telah mula beroperasi pada, namun persediaan sepenuhnya dijangka siap pada minggu hadapan.

Pintu masuk ke pejabat lama melalui bahagian belakang kurang sesuai untuk orang ramai berurusan.