Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki

Abdul Hadi Awang.

KUALA TERENGGANU, 17 April - Pelantikan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana.

Presiden Parti Saadet Turki, Temel Karamollaoglu berkata, kepakaran yang dimiliki Abdul Hadi pasti akan memberikan keuntungan kepada banyak pihak.

"Wilayah Timur perlukan keamanan, ia amat memerlukan seseorang yang sangat berpengalaman, mengenali kami dan Timur Tengah.

"Saya percaya Abdul Hadi akan memberi sumbangan dalam proses keamanan berdasarkan pengalaman beliau yang meluas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Temel Karamollaoglu.

Di samping itu, Temel turut berbangga dengan penglibatan Parti Islam Semalaysia (PAS) ke dalam kerajaan yang dibentuk baru-baru ini.

"Penting untuk mereka berada dalam kerajaan, saya yakin mereka akan berjaya memacu kemajuan di Malaysia," tambah beliau.

Dalam masa yang sama, Temel juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan ke jawatan itu.

 

 


Tag: