KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menawarkan Kursus Servis Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2 dan 3 selama dua tahun beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf fakir miskin sahaja yang lahir dan menetap di Terengganu.
Program ini dikendalikan oleh Naza Academy di Gurun, Kedah yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berimpak tinggi khas kepada belia asnaf di Terengganu di mana sijil kursus ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM termasuk pembayaran elaun RM200 setiap bulan sepanjang berkursus dan jaminan pekerjaan selepas tamat kursus.
Syarat Kemasukan :
✅ Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu
✅ Anak asnaf fakir miskin sahaja
✅ Beragama Islam, baligh & berakal
✅ Terbuka kepada lelaki & perempuan
✅ Berumur 18 hingga 25 tahun
✅ Berstatus bujang
✅ Memiliki sijil SPM & lulus Bahasa Melayu
✅ Mempunyai minat dalam bidang Automotif
✅ Tidak mempunyai rekod jenayah atau pengambilan dadah secara haram
✅ Sihat tubuh badan & tidak buta warna
✅ Tidak menghidap sawan atau penyakit kronik
Kelebihan & Manfaat :
➡ Tiada yuran pendaftaran
➡ Yuran pengajian (percuma)
➡ Asrama disediakan (percuma)
➡ Makan & minum disediakan (percuma)
➡ Pakaian & kasut bengkel disediakan (percuma)
➡ Perlindungan takaful (percuma)
➡ Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan
➡ Jaminan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian
Tempat adalah TERHAD‼
Tarikh tutup permohonan adalah : 13 FEBRUARI 2019
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
Semua permohonan hendaklah dihantar ke Kaunter Ibu Pejabat MAIDAM Kuala Terengganu (Unit Agihan Zakat : 09-6303030) sebelum atau pada 13 FEBRUARI 2019 waktu pejabat