lightning-solid
Berita :
Pembangunan KIDI Masuki Fasa Pembinaan Kampus 70 Ekar
Pembangunan KIDI Masuki Fasa Pembinaan Kampus 70 Ekar
Rohayati Ripin
21 jam yang lepas
46

KUALA TERENGGANU, 2 Mac – Pembangunan Kolej Islam Darul Iman (KIDI) kini memasuki fasa pembinaan bangunan akademik dan pentadbiran di atas tanah seluas 70 ekar yang telah diwartakan khas bagi tujuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, usaha tersebut digerakkan bersama masyarakat dan para penyumbang yang mahu melihat lahirnya sebuah pusat pengajian tinggi milik ummah.

"Perjalanan KIDI bermula lebih 34 tahun lalu dengan pengajian pondok di Pinang Merah, berkembang kepada Maahad Tahfiz, sekolah rendah dan sekolah menengah Islam.

"Alhamdulillah, kini langkah diteruskan ke peringkat kolej dengan sokongan pakar dan ahli akademik daripada pelbagai universiti untuk melahirkan generasi al-Quran dan ilmuwan yang seimbang dunia dan akhirat," jelasnya menerusi kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Tambah beliau, pembinaan kampus itu dijayakan melalui sumbangan dan wakaf serendah RM20 bagi membuka peluang kepada lebih ramai masyarakat untuk turut serta menyumbang.

Menurutnya lagi, kampus berkenaan bakal dilengkapi dengan asrama pelajar, pusat Islam, dewan dan kemudahan sukan bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif serta menyeluruh.

Sempena Ramadan, beliau berharap usaha pembangunan itu menjadi amal jariah berterusan dan KIDI akan berdiri sebagai pusat ilmu yang memberi manfaat kepada umat Islam di Terengganu dan Malaysia.


Tag :

Artikel Berkaitan