lightning-solid
Berita :
Pembangunan TOD ECRL Terengganu Ikut Jadual, Seiring Sasaran Operasi 2027
Pembangunan TOD ECRL Terengganu Ikut Jadual, Seiring Sasaran Operasi 2027
Ahmad Zaeem Zainudin
4 jam yang lepas
79

DUNGUN, 3 Februari - Kerajaan Terengganu memberi jaminan bahawa pembangunan 'Transit Oriented Development' (TOD) Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini berjalan mengikut perancangan dan seiring dengan sasaran operasi ECRL yang dijangka bermula pada awal tahun 2027.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, lawatan rasmi ke Tapak Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ECRL di Kampung Batu Tujuh, Dungun merupakan sebahagian daripada pemantauan kerajaan negeri terhadap perkembangan projek berkenaan.

SYA_7240.JPG 6.38 MB
"Hari ini adalah merupakan salah satu daripada komponen lawatan saya ke daerah Dungun khusus bagi melihat perkembangan TOD, 'Transit Oriented Development' ini yang berhampiran dengan stesen ECRL yang kita jangkakan akan siap pada awal tahun 2027 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan taklimat yang diberikan oleh pihak ECRL dalam kunjungannya itu, kemajuan projek setakat ini masih mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Daripada taklimat yang diberi oleh pegawai daripada ECRL tadi, dia masih lagi ikut jadual dan di peringkat negeri dalam konteks TOD pun kita akan pastikan bahawa kita mengikut perancangan sebelum ini yang kita buat," jelasnya.

SYA_7045.JPG 7.4 MB
Dalam pada itu, Azmi turut menjelaskan bahawa pembangunan TOD di Terengganu telah bermula sejak tahun lepas dan akan dilaksanakan secara berfasa, yang dijadualkan untuk dijalankan sehingga 2028.

Tambah beliau, peruntukan bagi pembangunan TOD telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kewangan (MOF) untuk tempoh empat tahun tersebut, sekali gus membolehkan perancangan dilaksanakan secara menyeluruh.

"Semua ini MOF telah pun luluskan peruntukan bagi tujuan pembangunan selama empat tahun bagi TOD ini sendiri. Jadi kita kena pastikan bahawa TOD ini mengikut jadual yang ditetapkan supaya seiring dengan penyiapan ECRL nanti," tambahnya.


Artikel Berkaitan