Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan pemilik Rumah Mampu Milik (RMM) yang menyalahgunakan kemudahan tersebut samada disewakan kepada orang lain, dijadikan ‘homestay’ atau tidak diduduki.
Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas pemilik RMM sekiranya didapati bersalah menyalahgunakan insentif kerajaan itu untuk kepentingan individu.
“Sekarang ini, kita sedang buat pembersihan dimana pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diarah untuk menjalankan siasatan memandangkan ada aduan yang diterima.
“Antara penyalahgunaan yang dikenalpasti pasti setakat ini adalah pemilik tidak mendiami rumah yang dimohon dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang ingkar dengan syarat pemilikan RMM ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Penyayang Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.
Ahmad Razif berkata, kepada pemilik yang merasakan tidak memerlukan kemudahan ini buat masa sekarang supaya menyerahkan semula kepada pihak kerajaan negeri.
“Kita minta kepada mereka, contohnya yang belum duduk lagi rumah mampu milik ini, bagi sewa kepada orang lain atau jadikan homestay, serah balik atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya menyalahgunakan kemudahan ini,” ujarnya.
“Kita minta kepada mereka, contohnya yang belum duduk lagi rumah mampu milik ini, bagi sewa kepada orang lain atau jadikan homestay, serah balik atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya menyalahgunakan kemudahan ini,” ujarnya.