Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKT) bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Terengganu telah turun ke beberapa rumah dalam daerah tersebut untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan, semalam.
Menurut Ketua DPPKT, Ahmad Asyraf Mohd, sebanyak 100 pek bakul makanan telah diagihkan dengan 50 pek diagihkan oleh pihak DPPKT manakala 50 pek lagi diagihkan oleh Armada Kuala Terengganu.
“Petang ini kami turun menyantuni anak-anak muda di samping menyampaikan sedikit sumbangan bakul makanan kepada mereka.
“Mudah-mudahan program ini dapat membantu meringankan beban anak muda yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan,” katanya ketika kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan di Kg. Che Kundur.
Sementara itu, Ketua Armada Kuala Terengganu, Ahmad Hariz menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang julung kali diadakan antara DPPKT dan Armada Kuala Terengganu.
“Saya harap agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.