JABI, 2 Januari- Penantian puluhan tahun penduduk Kampung Jebak Puyoh, di sini untuk menikmati kemudahan jalan raya bakal berakhir berikutan kerja-kerja menyediakan kemudahan itu giat dijalankan oleh kontraktor terlatih.
Ahli Dewan Undangan Negeri, Jabi, Dr Azaman Ibrahim, berkata dia berusaha menyediakan kemudahan itu kepada penduduk setempat kerana menyedari keadaan jalan asal yang becak apabila hujan, berdebu ketika musim panas dan berlubang.
Katanya, keadaan itu bukan saja berasa tidak selesa kepada penduduk malah boleh mendatangkan pelbagai penyakit, termasuk asma, demam dan gatal-gatal.
“Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya berusaha bertemu pengawai Unit Perancagan Ekonomi Negeri Terengganu untuk menyelesaikan masalah itu sebaik diamanahkan menjaga kebajikan rakyat Jabi.
“Saya ada dimaklumkan, masalah sama pernah diadukan kepada wakil rakyat sebelum ini, tetapi janji hanya tinggal janji,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim.
Menurutnya, dia ada turun padang meninjau kerja-kerja membina jalan itu, selain bertemu penduduk setempat.
“Nyata riak muka mereka sangat gembira, menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sudi menyelesaikan masalah itu walaupun beberapa bulan mengambil alih tampuk kepimpinan, “katanya.
“