Pendidikan Seks; Jasnita Sedia Beri Pandangan Kepada Kerajaan Pusat - Nuridah Salleh


KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Jaringan Badan Bukan Kerajaan Wanita atau ringkasannya Jasnita bersedia untuk duduk semeja bagi membincangkan soal pendidikan seks yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penasihatnya, Nuridah Mohd Salleh berkata, beliau berbesar hati memberi pandangan berkenaan perkara tersebut sebelum kerajaan mengambil sesuatu tindakan.

“Kita mengikuti isu ini terutama yang melibatkan remaja kita dalam masalah gejala sosial sekarang. Ada antaranya yang menyebabkan kepada perzinaan,” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Gabungan NGO Wanita di Permai Hotel kelmarin.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya memasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam di semua peringkat sekolah.

“Kita nak tahulah dari sudut pandangan Kementerian Pendidikan sendiri macam mana dia nak masukkan pendidikan Islam ini. Kadang-kadang ada orang pertikaikan ini bukan sekolah agama.

“Sebenarnya pendidikan Islam itulah yang sepatutnya menjadi benteng (cegah zina) sama ada anak remaja ataupun orang dewasa,” ujarnya.


Tag: