Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, masyarakat tidak seharusnya memikirkan pertanian hanyalah untuk kawasan luar bandar namun sebenarnya setiap ruang yang ada boleh digunakan bagi mengusahakan pertanian.
“Hari ini saya ke Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Geliga Kemaman bagi tujuan pertanian dan saya percaya jika adanya kerjasama penduduk projek kebun komuniti bertambah baik.
“Pihak kami akan membantu dan memastikan ianya berjaya serta dijadikan contoh di tempat-tempat lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pertanian Bandar Penduduk di Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Kemaman, hari ini.
Menurut Ahmad Shabery, beliau kagum dengan apa yang dihasilkan sesetengah kawasan yang teratur dan teliti dalam mengusahakan aktiviti pertanian berkenaan.
“Ia juga melibatkan pemahaman bagaimana sistem perairan, fertigasi, membaja, tidak menggunakan baja bahan kimia dan konsep organik peringkat paling asas yang difahami oleh penduduk di sini.
“Kegunaan air paip sangat merugikan kerana kos yang tinggi dan tidak sesuai untuk pertanian dan mereka menggukan air dalam tanah dan ada yang memahami konsep bagaimana cara menadah air hujan,” katanya.
Ahmad Shabery berkata, di negara lain sudah mempraktikkan semua ruang dan dinding bagi mengusahakan penanaman secara menegak.
“Saya percaya dalam ramai-ramai ada komuniti kecil yang menggunakan masa terluang mereka untuk menjalankan pertanian tersebut dengan menggunakan keluasan tanah yang terhad itu,” katanya.