'Alasan Dangkal, Naif' - Pensyarah Bidas Jawapan Menteri Abai Masjid?
Keadaan tangki yang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu. |
Bagi mereka, kejadian yang berlaku pada petang Khamis lalu cukup menakutkan kerana menjadi tragedi terburuk pernah dialami sepanjang hidup.
Tinjauan di Kampung Bukit Kuang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian mendapati penduduk sudah mula menjalankan rutin harian mereka walaupun masih trauma dengan kejadian itu.
Kebimbangan yang melanda mereka selama tiga hari itu akhirnya reda dan membawa berita baik apabila pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri mengumumkan kebakaran pulih sepenuhnya kelmarin (Sabtu).
Puziah Jusoh |
"Hari kejadian tu saya duduk di luar rumah dengan suami saya, tiba-tiba saya terkejut mendengar satu letupan kuat dan rasa bergegar di tempat saya duduk. Saya ingatkan ada kemalangan lori ke apa, lepas itu saya nampak asap tebal naik tinggi.
"Dua malam saya tidur tak lena kerana cahaya api terang di dalam bilik saya dan saya memang takut teramat sangat kerana bimbang meletup tangki itu," katanya.
Rokiah |
"Apabila dengar sahaja letupan, saya hanya kata..Allah, mati dah kita. Saya ingat ada kapal terbang yang jatuh ke apa. Saya suruh anak saya pergi tengok dekat atas jambatan, selepas itu jiran saya yang mahu pergi melihat memberitahu yang kilang tersebut terbakar," katanya.
Beberapa orang penduduk yang ditemui turut mengucapkan rasa syukur kerana keadaan sudah kembali pulih seperti biasa serta berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat di atas kecekapan mahupun ketangkasan menangani kebakaran tersebut.
Dahlan |
"Memang lega kerana segalanya sudah berakhir dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana bertungkus lumus sepanjang tiga hari ini bagi memastikan kami semua selamat," katanya.
Dalam kejadian itu, dua buah tangki yang menyimpan simpanan minyak mentah untuk diproses menjadi minyak tar musnah sepenuhnya dalam kejadian yang dianggap terburuk dalam sejarah perindustrian Negeri Terengganu.
Selepas 64 jam operasi pemadaman dilakukan, akhirnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya Sabtu lalu.