lightning-solid
Berita :
Penduduk TDTD Berdepan Banjir Dengan Persiapan Awal Demi Keselamatan Anak-Anak
Penduduk TDTD Berdepan Banjir Dengan Persiapan Awal Demi Keselamatan Anak-Anak
Adli Mohamad
28 Nov 25
772

KUALA NERUS, 28 November – Situasi banjir di Taman Desa Tanjung Damai (TDTD) memberi cabaran tersendiri buat seorang penduduk, Abdul Hadi Abu Setaman, 36, yang baru sahaja menimang cahaya mata keempat.

Menurut Abdul Hadi, beliau dan isterinya, Nur Syafiqah Aliaa Kahar, 35, saling membahagikan tugas bagi memastikan proses berpindah ke tempat selamat berjalan lancar bersama tiga lagi anak mereka yang berusia antara enam hingga 12 tahun.

“Disebabkan ada bayi yang baru lahir, persiapan kami kena buat lebih awal. Nak jaga anak kecil lagi, nak kemas barang lagi. Bukan mudah bila banjir datang,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman berhadapan banjir sebelum ini mengajar mereka untuk tidak panik setiap kali situasi mula membimbangkan.

“Kawasan ini memang kerap dinaiki air. Jadi persiapan awal sangat penting,” ujarnya. 

IMG-20251128-WA0243.jpg 256.59 KB


Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Malik Muhamad, 49, yang turut tinggal di TDTD, Gong Badak berkata, keluarganya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air dilihat meningkat sejak awal pagi.

“Kami sebenarnya sudah letih. Hampir setiap tahun pindah ke PPS. Sejak tinggal di sini pada 2011, sudah sembilan kali rumah dinaiki air,” katanya.



Tag :

Artikel Berkaitan