• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

Perkhidmatan Lima TCS Disambung


Kerajaan negeri memutuskan untuk menyambung perkhidmatan lima Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) yang dijadualkan bersara pada Julai dan Ogos depan.

Mereka yang terlibat adalah  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail diikuti Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Dato’  Mohd Akil Mat; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Dato’  Mohd Yasim Awang serta Pengarah Muzium negeri, Mohd Yusof Abdullah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Wan Nawawi yang bersara pada bulan Ogos akan disambung perkhidmatannya selama setahun hingga tahun depan manakala empat TCS lain hingga 31 Disember tahun ini.

"Langkah ini adalah untuk mengelak sebarang permasalahan menstrukturkan semula pentadbiran kerana kita lihat ia akan memberi banyak implikasi kepada pegawai yang akan berpindah kerana turut melibatkan pertukaran anak yang bersekolah serta isteri mahu pun suami.


"Maka oleh itu, kita memutuskan untuk menyambung perkhidmatan mereka dan penstrukturan keseluruhan kerajaan negeri akan dibuat pada 1 Januari 2018 depan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.



Tag: