Jalur Gemilang
Berita :
Permohonan PPR Besut Dibuka 15 September Hingga 15 Oktober
Permohonan PPR Besut Dibuka 15 September Hingga 15 Oktober
Rohayati Ripin
10 jam yang lepas
507

KUALA TERENGGANU, 15 September – Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Besut yang menyediakan 450 unit rumah teres satu tingkat dibuka kepada orang ramai bermula hari ini hingga 15 Oktober 2026.

Daripada keseluruhan 450 unit tersebut, lima unit dikhaskan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), manakala setiap rumah mempunyai keluasan 900 kaki persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Selain kediaman, projek PPR Besut turut menyediakan pelbagai kemudahan sokongan bagi keselesaan penduduk termasuk sebuah surau, taska, tadika, dewan serbaguna, kedai atau gerai serta taman permainan kanak-kanak.

Permohonan dibuka selama sebulan, iaitu dari 15 September hingga 15 Oktober 2026, dengan kelayakan berdasarkan Syarat-syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis A (Awam).

Projek berkenaan dijangka memberi peluang kepada lebih ramai keluarga yang layak untuk memiliki kediaman yang selesa, selain membantu memenuhi keperluan perumahan rakyat di daerah Besut.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan