Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUALA TERENGGANU - Usaha berterusan kerajaan negeri dalam mengadakan program kemasyarakatan untuk memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan melalui Pertandingan Memasak anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
Penganjuran pertandingan memasak kuih tradisional menggunakan ubi keledek dan lauk berasaskan ikan siakap sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 yang disertai 40 pasukan itu turut mendapat kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu serta Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa').
Pengerusi Khairunnisa’, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman berkata, pertandingan masakan sebegini bukan sahaja membolehkan para peserta mengasah bakat masakan, malah dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.
“Pertandingan yang diadakan ini juga merupakan salah satu cara mendedahkan kepada kaum wanita, ibu dan anak-anak muda bagi menonjolkan bakat yang terpendam.
“Kalau sebelum ini hanya memasak dekat dapur, sekarang ini kita bawa mereka memasak dan menunjukkan kreativiti masakan masing-masing di khalayak ramai supaya kreativiti yang dihasilkan itu boleh dikongsi bersama,” ujarnya ketika berucap di Program Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok (27 September).
Turut hadir, Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah serta Setiausaha Khairunnisa’, Zarani Othman.
Beliau yang juga isteri Menteri Besar berkata, kreativiti ditunjukkan setiap pasukan yang dianggotai oleh dua peserta itu turut memberikan idea kepada orang ramai dalam mengaplikasikannya ketika memasak di rumah.
“Dengan kreativiti yang ditunjukkan di sini juga, kita boleh menjadikannya satu idea memasak sendiri hidangan untuk keluarga kerana air tangan ibu dan isteri adalah makanan terbaik kepada suami dan anak-anak.
“Malah, nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pertandingan ini termasuk dari aspek kebersihan juga selari dengan hasrat kerajaan negeri yang menyeru kepada orang ramai mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.