Pertumbuhan Ekonomi Negeri Melonjak Positif

KUALA TERENGGANU, 1 Julai - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi negeri Terengganu mencatatkan prestasi pertumbuhan yang melepasi unjuran awal kerajaan. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertumbuhan yang dicapai jauh melepasi unjuran yang disasarkan sekitar 2.0 hingga 2.2 peratus. 

“Pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus berbanding -5.7 peratus pada tahun lepas mencerminkan hasil daripada pelbagai usaha banyak pihak.

“Pada masa yang sama, Terengganu juga berjaya merekodkan pencapaian yang baik bagi beberapa indikator dalam lima bidang tumpuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menyatakan kebimbangan pihak kerajaan tentang bebanan kenaikan harga barangan yang dihadapi kini. 

“Isu ini akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dan sedang ditangani bersama dengan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.


Tag: