PKM Batu Buruk Bina Rumah Baharu Untuk Mangsa Kebakaran

KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk mengambil inisiatif untuk membina sebuah Rumah Mampu Milik (RMM) kepada mangsa kebakaran di Kampung Kuala Ibai Pantai, Disember lalu.

ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menjelaskan pembinaan rumah tersebut adalah bagi membantu meringankan bebanan kerugian yang ditanggung oleh mangsa. 

"Insya-Allah menurut kontraktor, rumah ini dijangka akan siap sebelum tiba bulan Ramadan.

"Apabila berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 4 Februari nanti, kerja-kerja pembersihan tapak akan dimulakan dan proses pembinaan rumah mangsa akan terus dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, baru-baru ini.

Tragedi kebakaran di rumah mangsa, Hasnah Yahya berlaku pada 26 Disember lalu akibat litar pintas.

Keadaan rumah mangsa selepas tragedi kebakaran

Terdahulu, agensi-agensi kebajikan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu telah hadir bagi menyampaikan sumbangan secara 'one off'.

 

 


Tag: