Produk Inovasi PSMZA Raih Tempat Ketiga

DUNGUN, 19 Disember - 'Monster of Scrapper', produk inovasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun telah meraih tempat ketiga di Waste To Art 2020 dan Cabaran Trash To Cash anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam ( SWCorp) Malaysia.

Menurut jurucakap PSMZA, institusi terbabit memenangi kategori tiga dimensi hasil ciptaan sekumpulan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang diketuai oleh Ruzilani Mohamad.

"Pertandingan yang bertemakan ´The Miracle Touch´ itu melibatkan 363 penyertaan dari seluruh Malaysia," katanya. 

Majlis Penyampaian Hadiah Waste to Art 2020 dan Cabaran Trash to Cash telah berlangsung di Dewan Lestari, Ibu Pejabat SWCorp, Cyberjaya yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, baru- baru ini.


Tag: