Berita :
Program 'Bbojeng Raya 2026' Terima Sambutan Hangat Warga Setiu
Program 'Bbojeng Raya 2026' Terima Sambutan Hangat Warga Setiu
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
3 jam yang lepas
65

SETIU, 17 Mac – Bersempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Setiu baru baru ini telah meraikan warga tempatan dengan program gunting rambut percuma, *Bbojeng Raya 2026*.

Ahli Parlimen, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata,Program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu khusus bagi membantu meringankan beban persediaan hari raya masyarakat setempat.

"Program ini diadakan bagi memastikan orang ramai dapat tampil kemas dengan gaya rambut baharu untuk menyambut lebaran tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk persiapan raya.

"Terima kasih kepada semua masyarakat yang hadir dalam menjayakan program ini serta memberikan sokongan yang padu terhadap program yang julung-julung kali diadakan ini,"ujarnya semasa berucap dalam majlis berkenaan.

Rata-rata penduduk yang hadir melahirkan rasa syukur atas keprihatinan pihak Parlimen Setiu. Kehadiran orang ramai yang sangat menggalakkan sejak awal pagi membuktikan program seperti ini amat diperlukan oleh komuniti, terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan