• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Program Jelajah DUN Terengganu : Dengar Rintihan, Keperluan Rakyat

Oleh ; Fauzi Adam

MARANG, 16 Julai – MARANG, 16 Julai – Program Jelajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berusaha mendengar rintihan dan keperluan rakyat bagi memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat, serta memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi kehendak penduduk.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, acara tersebut bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan dan agensi kepada masyarakat setempat.

“Saya menekankan kepentingan kerjasama antara pemimpin dan rakyat bagi mencapai kemajuan bersama dan program ini merupakan 'platform' terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

"Penduduk sekitar diingatkan agar tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi terlibat." jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah ke DUN-DUN Terengganu bertempat di Dewan Terbuka, Pasar Pengkalan Berangan baru-baru ini.

Menurutnya, beberapa agensi kerajaan dan swasta turut serta dalam program berkenaan termasuk Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan kredit (AKPK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi lagi. 

"Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat yang hadir untuk menyuarakan rintihan dan keperluan mereka. Melalui sesi interaksi yang diadakan, penduduk dapat berkongsi pandangan dan masalah mereka secara langsung dengan pihak kerajaan dan agensi-agensi terlibat.

"Dengan kejayaan ini, kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk meneruskan program jelajah ini ke seluruh DUN bagi memastikan semua rakyat Terengganu mendapat perhatian dan perkhidmatan yang sewajarnya," ujarnya

Beliau berharap agar Program Jelajah DUN Terengganu tersebut akan menjadi model kepada negeri-negeri lain dalam usaha mendekatkan diri kepada rakyat dan mendengar serta memenuhi keperluan mereka.


Tag: