Berita :
Projek Jambatan Padang Lengkuas Jabi Hampir Siap, Lancarkan Aliran Trafik
Projek Jambatan Padang Lengkuas Jabi Hampir Siap, Lancarkan Aliran Trafik
Hidayah Azlin
10 jam yang lepas
128

SETIU, 14 Mei – Penduduk di sekitar Kampung Padang Lengkuas kini boleh menarik nafas lega apabila projek pembinaan jambatan baharu di kawasan berkenaan dilaporkan kini berada di fasa akhir pembinaan.

Projek tersebut merupakan salah satu komponen utama di bawah Projek Naik Taraf dan Naik Aras Jalan Kampung Padang Lengkuas,Jabi yang bertujuan untuk menambah baik sistem perhubungan serta keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, status semasa projek menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Setakat ini, projek berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan yang signifikan. Pembinaan jambatan baharu ini sudah hampir siap sepenuhnya," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) atas komitmen tinggi dalam memastikan projek infrastruktur rakyat itu dilaksanakan dengan efisien.

"Terima kasih diucapkan kepada pihak JKR, khususnya Jurutera Daerah serta seluruh pasukan JKR Besut yang bertungkus-lumus memantau perkembangan projek ini di lapangan," tambah beliau.

Projek menaik taraf dan menaik aras jalan ini merupakan antara inisiatif kerajaan negeri bagi menangani isu teknikal jalan sedia ada, sekali gus memberikan keselesaan kepada penduduk setempat terutama ketika musim tengkujuh.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan