Berita :
Projek Jambatan Tepoh Perlahan, ADUN Minta JKR Beri Penekanan
Projek Jambatan Tepoh Perlahan, ADUN Minta JKR Beri Penekanan
Adli Mohamad
17 jam yang lepas
210

KUALA NERUS, 26 Mac - Isu pembinaan Jambatan Tepoh sentiasa diberikan tumpuan dan menjadi perhatian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kuala Nerus dan pihak berkaitan diminta memberi penekanan bagi memastikan projek itu dapat disiapkan secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, perkara tersebut dibangkitkan secara konsisten setiap kali dalam mesyuarat, selain pemantauan harian turut dilakukan terhadap perkembangan projek terbabit.

"Setiap hari kita tengok dan setiap bulan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kuala Nerus kita 'highlight' isu jambatan ini untuk pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berikan penekanan," katanya ketika diajukan mengenai perkembangan Jambatan Tepoh, melalui melalui media sosialnya, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, pihak JKR sejak awal lagi telah memaklumkan bahawa projek itu tidak sempat disiapkan menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

"Memang untuk raya ini, JKR sejak dari awal lagi memaklumkan tidak sempat. 'Progress" kerja sentiasa dipantau, kita akui ia agak lambat,"ujarnya.

Menurut beliau, kelewatan tersebut berpunca disebabkan beberapa faktor, namun usaha pemantauan dan penambahbaikan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran projek tersebut.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan