PRU14 : Dulu Haram, Kini Halal...
Semua calon PRU14 Parlimen Besut bergambar kenangan selepas penamaan calon Sabtu lalu. |
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, calon pembangkang terutama Pas di Besut sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi.
Kumpulan itu sanggup mengubah fatwa yang pernah diharamkan parti mereka sebelum ini dengan melarang ahlinya tidak mengerjakan solat di masjid yang dibina Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Calon Pas seakan meludah ke langit apabila sejak mutakhir ini mereka sudah menjelajah ke masjid dan surau yang dibina kerajaan semata-mata untuk mengambil peluang menemui masyarakat Islam sambil 'berkempen' dan memperkenalkan dirinya sebagai calon untuk PRU14.
Perbuatan calon Pas berkenaan mengejutkan ramai kerana mereka kini sanggup mengatur program menjelajah masjid dan surau pada setiap waktu solat bertujuan memperkenalkan diri sebagai calon.
Menurut penduduk pemimpin Pas yang menjadi calon sudah lupa fatwa yang dikeluarkan Presiden Pas, Dato’ Seri Abd Hadi Awang yang menyebut haram bagi penyokongnya mendirikan solat di masjid yang dibina Kerajaan BN sehingga mencetuskan peristiwa solat berjemaah berasingan di daerah ini.
Bagaimanapun, perbuatan calon parti itu sekarang yang menjelajah masjid dan surau untuk memperkenalkan diri masing-masing seolah-olah sudah melanggar fatwa itu.
Pengerusi Masjid Padang Luas, Salleh Abd Latif berkata, pihaknya terkejut apabila calon Pas bagi DUN Jertih Wan Azhar Wan Ahmad bersama beberapa penyokong tiba di masjid itu untuk mengerjakan solat Subuh kelmarin.
“Sebaik selesai solat calon terbabit bangun sambal mengumumkan dia adalah calon Pas dan meminta Jemaah mengundinya,” katanya.
Pengerusi Surau Rumah Awam Kos Rendah Seberang Jertih, Hamat Kassim berkata, rombongan calon Pas terbabit turut singgah di surau perumahan itu dan mengerjakan solat Asar bersama Jemaah.
Katanya, sebaik selesai solat beliau bangun sambal memperkenalkan dirinya sebagai calon parti itu untuk DUN Jertih.
Beliau berkata, sebelum ini calon terbabit tidak pernah datang ke surau berkenaan untuk menunaikan solat, tetapi selepas penamaan calon 28 April, mereka mengadakan program jelajah surau dan masjid untuk berkempen pula.