Mohamed |
Halim |
Keempat-empat mereka, Dato' Abd Halim Jusoh yang pernah menjadi ADUN Permaisuri, Dato' Mohamed Awang Tera (DUN Chukai), Dato' Rosol Wahid (DUN Ajil) dan Dato' Din Adam (DUN Bukit Besi) adalah wakil rakyat yang pernah menang pada PRU12 (2008).
Di atas kertas, Mohamed dan Din diihat berdepan cabaran besar untuk merampas kembali DUN Chukai serta Parlimen Dungun yang kini disandang Pas, sementara Rosol dan Abdul Halim diamanahkan supaya mempertahankan kerusi BN Parlimen Hulu Terengganu dan DUN Permaisuri.
Rosol |
Rosol yang juga Ahli Jawatakuasa UMNO Bahagian berkata, pencalonannya pada PRU14 ini memberi cabaran lebih besar berbanding kerusi DUN Ajil yang dimenanginya selama tiga penggal sejak 1999 hingga 2008.
“Sebagaimana kita ketahui tsunami politik pada 1999 apabila Pas mengambil alih pemerintahan sebagai kerajaan, saya antara empat wakil rakyat BN yang menang dan menjadi pembangkang ketika itu.
“Bagaimanapun, rekod selama tiga penggal di kerusi DUN Ajil, pengundi yang berpihak kepada BN semakin baik dan meningkat..dengan jentera parti yang kuat, saya yakin BN akan terus menang di Hulu Terengganu,” katanya.
Din |
Manakala Din yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri pada 2004 berkata, pemilihan semula beliau memberi peluang untuk memacu pembangunan dan kemajuan untuk dinikmati pengundi Parlimen Dungun pada PRU kali ini.
“Kita sudah lama bekerja keras dan berkhidmat untuk rakyat tidak kira masa dari segenap lapisan masyarakat sama ada di bandar atau di kampung-kampung,
“Tiada parti lain selain BN yang mampu membawa perubahan tidak kira dari segi sosial dan fizikal di Parlimen ini berbanding pihak pembangkang yang sekadar wujud pada nama semata-mata,” katanya.