Mohamed |
Mesra dengan panggilan 'Mat Tera' pencalonannya kali ni dilihat akan mampu merampas kembali kerusi DUN Chukai yang dipegang oleh Pas.
Dianggap sebagai 'Winabble Candidate', beliau dilihat mampu menarik pengundi di kalangan kaum lain untuk terus menyokong BN.
Meskipun terpaksa berhadapan dengan protes di kalangan ahli parti sendiri, beliau menyatakan itu adalah perkara biasa di dalam kancah politik.
"Tapi (protes) ini kebiasaannya pada awal-awal sahaja, biasalah ada ahli parti mula-mula rasa tak puas hati (dengan calon) tetapi lama kelamaan kepentingan parti itu melebihi segala-galanya.
"Saya akan berusaha selesaikan (perkara ini) sebelum bermulanya kempen," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN berkenaan, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Berikutan itu, tegas beliau penyelesaian kepada masalah itu akan dilakukan secara baik namun jika penyelesaian cara baik tidak berkesan, tindakan tegas akan diambil sebagaimana yang telah diarahkan pihak pucuk pimpinan.
Ujarnya, beliau akan terus bekerja dengan jentera yang sedia ada untuk menjalankan amanah yang telah diberikan bagi memenangi pilihanraya yang dianggap penting sepanjang bergelar sebagai ahli politik
Mohamed merupakan bekas ADUN Chukai selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 dan pada PRU13, namanya tidak disenaraikan sebagai calon di kerusi tersebut.