PRU14: Setiu Yakin Menang 5-0


Jidin

Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiu dijangka mampu mengulangi kejayaan cemerlang pada  Pilihan Raya Umum  Ke-11 (PRU11) PRU12  dan PRU13.

Pada PRU Ke -14 pada 9 Mei ini, ramai yang beranggapan kelima-lima kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, DUN Langkap, DUN Permaisuri, DUN Jabi dan kerusi Parlimen Setiu pastinya sekali lagi  bakal menyapu bersih dengan kemenangan 5-0.

Pada kali ini Setiu mempertaruhkan calon otai, Dato Mohd Jidin Shafee sebagai Ahli Parlimen, diikuti Mohd Iskandar Jaafar calon kerusi DUN Jabi, Dato’ Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Sabri Mohd. Noor (Langkap) serta penyandang,  Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit).

Halim

Sementara itu, bagi calon Parlimen Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, terima kasih kepada  kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana sekali lagi mempercayai dan  memilihnya untuk bersama-sama calon lain berbakti kepada rakyat di negeri ini.

“Dengan pengalaman yang ada termasuk pernah menjadi ahli Parlimen Setiu  dan mantan Exco Kerajaan Negeri pastinya tidak menjadi masalah untuk memenangi hari pengundi.

“Saya akan meneruskan kecemerlangan Setiu dengan menambah pelbagai kemudahan dan pembangunan,”katanya.

Calon DUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh berkata, dia yakin DUN Permaisuri mampu mengekalkan majoriti tinggi seperti yang diperoleh sebelum ini  walaupun bertukar calon yang sebelum ini disandang Mohd Jidin.

Katanya,  dia memberi  keyakinan penuh kerana melihat sokongan rakyat di kawasan itu yang sememang setia  dan kepada  parti bukannya melihat kepada siapa yang bakal bertanding.

“Saya berazam akan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di kawasan permaisuri dengan meneruskan agenda pembangunan, kebajikan, pendidikan dan pelbagai aspek yang boleh membantu ekonomi rakyat di kawasan itu,”katanya.

Iskandar

Manakala calon yang juga penyandang bagi kerusi DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, berkata beliau  bersama penyokong BN di kawasan itu sentiasa bersiap sedia dan sudah lama berkerja keras untuk mengulangi kejayaan memenangi DUN Jabi.

“Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan itu, saya akan meneruskan agenda menjaga kebajikan, pendidikan dan hal ehwal ekonomi rakyat.

“Jabi antara kerusi harapan bagi membentuk Kerajaan BN, pastinya saya bersama-sama  pengundi akan melakukan yang terbaik agar kubu kuat BN ini tidak akan tergugat,”katanya.


Tag: