SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
DUNGUN, 17 Ogos - Pulau Tenggol umpama 'syurga' kepada penyelam dasar laut di seluruh dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, di Terengganu terdapat 13 buah pulau dan Pulau Tenggol adalah yang terbaik untuk mereka yang inginkan ketenangan dan sangat sesuai kepada pencinta hidupan dasar laut.
Katanya, Pulau Tenggol juga telah diiktiraf oleh dunia bahawa salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para penyelam.
“Umum mengetahui di sini ada hampir 20 tempat yang menjadi tumpuan para penyelam sama ada dari luar negara mahupun dalam negara.
"Saya sendiri turun menyelam merasai keindahan warna-warni ‘coral’ yang menjadikan Pulau Tenggol ini unik dari pulau-pulau lain," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke pulau tersebut.
Katanya, bagi yang ingin ke Pulau Tenggol dari luar Terengganu boleh datang dengan penerbangan dan terus ke Dungun atau melalui jalan darat yang mana perjalanan ke pulau memakan masa hampir 45 minit.