Kaji Potensi Tinggalan Perlombongan Sebagai Sumber Baharu Negeri
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Dibina Tahun Hadapan
![]() |
Mohd Nor Hamzah berkata pusat berkenaan akan dibina tahun hadapan. |
"Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 200 ribu, atas asas untuk membuat kajian terlebih dahulu.
"Kita telah mendapat kerjasama daripada UNISZA (pensyarah), pejabat hal ehwal agama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) sendiri untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu," katanya.
![]() |
Mohd Nor Hamzah ketika bersiaran di Studio TV Darul Iman. |
Menurut beliau, pusat pemulihan dadah yang mengguna pakai konsep perkampungan itu akan menggabungkan beberapa elemen seperti rohani dan fizikal yang diyakini mampu memulihkan penagih.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menambah, pusat pemulihan itu juga akan bertindak membina kehidupan yang baharu buat penagih selepas mereka berjaya dipulihkan daripada najis dadah.
“Dalam kerjaya mereka kita nak sediakan, kemungkinan bagi yang minat membaiki (mekanik), ada latihan vokasional, seeloknya mereka membina kehidupan mereka di situ” katanya.
Pusat pemulihan dadah secara holistik merupakan salah satu manifesto yang ditawarkan PAS Terengganu kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.