Puteri Hulu Terengganu Rai 50 Pelajar Kembali Ke Sekolah



Seramai 50 pelajar sekolah Parlimen Hulu Terengganu menerima bantuan persekolahan percuma sempena program 'Back To School' program anjuran Puteri UMNO Hulu Terengganu.

Ketuanya, Rozita Ismail berkata, setiap pelajar menerima sumbangan berupa sepasang kasut dan stokin sekolah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3,000 dengan kerjasama Kedai Kasut You Kuala Berang.

Menurutnya lagi, program yang kali ketiga dianjurkan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung ibu bapa pelajar bagi menyediakan keperluan anak-anak mereka pada sesi persekolahan tahun hadapan.

"Penerima-penerima kali ini juga dikenal pasti daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan dalam parlimen.

"Pihak kami amat berharap sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi semangat kepada anak-anak ini untuk untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan dengan lebih seronok,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Program Back To School di Kuala Berang hari ini.

Rozita berkata, pelbagai bantuan yang diberikan termasuk pemberian kelengkapan persekolahan setiap tahun membuktikan keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan baik.

"Kalau ada lebih... kita akan beri lebih lagi, selagi ada yang memerlukannya, kami Puteri UMNO akan membantu tanpa mengira fahaman politik selagi mereka layak..InsyaAllah,"ujarnya.

Tag: