KEMAMAN, 15 Disember – Kerajaan Negeri Terengganu menganugerahkan sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Bukit Kuang, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, berkata bantuan tersebut bertujuan membantu mangsa kebakaran mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.
Menurut beliau, pemilihan penerima dibuat melalui jawatankuasa yang berkaitan dan mangsa sememangnya layak menerima bantuan berkenaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya mereka yang ditimpa musibah seperti kebakaran dan mereka yang betul-betul memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT bertempat di Bukit Kuang baru-baru ini.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Rosmadi Abd Razak, menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima serta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan yang diberikan.
“Saya tidak sangka masih ada rezeki untuk keluarga kami memiliki rumah baharu.
“Rumah imimemberi peluang kepada keluarga kami untuk memulakan kehidupan baharu dan kembali tinggal dengan lebih selesa serta aman bersama keluarga,” ujarnya.