Terengganu Peruntuk RM6 Juta Bantu Pelajar Sambung Master, PhD
Rejab Datang Membawa Rahmat
Oleh: Adli Mohamad
DUNGUN,27 Februari- Bulan Rejab merupakan diantara empat bulan suci yang memberi rahmat kepada umat Islam selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram .
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata bulan berkenaan begitu bermakna kepada umat Islam dan sangat digalakkan memperbanyakkan ibadat.
“Kita juga diajar berdoa kepada Allah agar berada didalam keberkatan pada bulan ini dan pada bulan Syaaban serta dipanjangkan usia agar bertemu bulan Ramadan yang penuh kemuliaan serta keberkatan.
“Allah hadiahkan kepada umat manusia agar melalui jalan yang mampu mencapai darjat ketakwaan, agar sentiasa berada didalam keredhaannya, agar senantiasa berada didalam keadaan sejahtera,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.
Justeru katanya, umat Islam jangan sesekali mempersiakan Rejab dengan melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh agar memperolehi kejayaan di dunia serta di akhirat.
“Agar syurga yang kita dambakan bukan sekadar angan-angan bahkan menjadi realiti, dijanjikan kebahagiaan yang berkekalan tanpa adanya kedukaan dan kesedihan.
“Juga suka untuk saya ingatkan agar memperbanyakkan bacaan al-Quran serta hadiri majlis-majlis ilmu agama yang membawa hati sentiasa dekat dengan Allah SWT, serta sentiasa insafi diri agar menjalankan peranan serta tanggungjawab dengan baik sebagai khalifah di bumi,” ujarnya.