Berita :
RM2.25 Bilion Royalti Petroleum Tak Masuk Akaun Kerajaan Negeri
RM2.25 Bilion Royalti Petroleum Tak Masuk Akaun Kerajaan Negeri
Adli Mohamad
3 jam yang lepas
74

KUALA TERENGGANU, 23 April -Secara kumulatif, sebanyak RM2.25 bilion royalti tidak disalurkan kepada kerajaan negeri bermula 2023 sehingga tahun lalu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun 2025 daripada RM1.37 bilion royalti hanya RM659 juta sahaja disalurkan terus ke akaun kerajaan negeri.

"Manakala RM713 juta atau 52 peratus daripada royalti petroleum tidak disalurkan ke akaun kerajaan negeri.

"Keadaan ini mengulangi penyaluran royalti pada tahun 2023, disalurkan hanya RM802 juta daripada RM1.52 bilion dan 2024 disalurkan hanya RM733 juta daripada RM1.55 bilion," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika pada sesi pergulungan Usul Menjunjung Kasih Ucapan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 (Istiadat Pembukaan Penggal), di Wisma Darul Iman, hari ini.

Mengulas lebih lanjut Ahmad Samsuri berkata, pada asasnya tahun 2025, jumlah hasil negeri berjumlah RM1.92 bilion.

"Jumlah hasil ini melibatkan hasil cukai sebanyak RM104.9 juta, hasil bukan cukai berjumlah RM282.3 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.54 bilion dimana RM1.37 bilion daripadanya merupakan bayaran royalti petroleum," ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan