RM80.01 Juta Kutipan Hasil Hutan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar |
KUALA TERENGGANU, 29 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kutipan hasil perhutanan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018 adalah berjumlah RM80.01 juta.
Katanya, ini termasuk kutipan hasil tahun 2018 sebanyak RM44.43 juta manakala selebihnya RM35.59 juta, tahun sebelumnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.
ADUN Sura itu dalam soalan bertulisnya ingintahu tentang kutipan hasil perhutanan yang diperolehi Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018.