• 19 Sept 2024 | 15 Rabiul Awal 1446

RXZ Member 6.0 - Rezeki Anak Seberang Takir

KUALA NERUS, 15 Sept - Seorang lelaki tidak menyangka memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu motosikal jenama Ducati sempena program RXZ Member 6.0 yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam di Litar Permotoran Negeri Gong Badak.

Pemilik Kedai Iklan, Adnan Abu Bakar, 55, berkata, dia tidak menyangka berjaya membawa pulang motosikal itu kerana penyertaan puluhan ribu dari pelusuk Malaysia.

Menurutnya, dia mencuba nasib sepanjang empat kali cabutan dilakukan dan sanggup menunggu kesemua sesi cabutan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya

“Memang tak jangka sebab saya pun daftar satu sahaja,  rezekilah Allah S.W.T beri jadi saya terima seadanya. Alhamdulillah.

"Perasaan sangat gembira dan tak sangka tambahan pula setakat program tahun-tahun lepas dimenangi oleh orang luar dari Terengganu," ujarnya.

Menurut Adnan, dia mahu menggunakan kerana semua sedia maklum bahawa jenama motosikal ini menjadi kegilaan ramai, tidak berniat untuk menjual atau sebaliknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Khazan Che Mat mengucapkan tahniah atas rezeki yang dikurniakan tambahan pula Adnan berasal dari Seberang Takir.

Terdahulu, sebuah kereta Toyota Vellfire juga menjadi rezeki orang Terengganu. 


Tag: