Ryan Gibbon Gah Di Persada Saingan LTdL
Ryan menyarung Jersi Kuning dalam lima peringkat bermula peringat kedua. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. |
Ryan Gibbon dari Team Dimension Data terus mengungguli saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 apabila mengekalkan Jersi Kuning sejak peringkat kedua dan turut disarungkan Jersi Biru untuk peringkat keenam bermula dari Senawang, Negeri Sembilan- Muar, Johor, hari ini.
Dalam saingan sejauh 176. 3 kilometer tersebut, Enrico Barbin dari Bardiani CSF muncul juara peringkat keenam dengan catatan masa empat jam sembilan minit dan 16 saat, manakala Mohd Zamri Saleh dari Terengganu Cycling Team (TSG) berada di kedudukan ke-10.
Bagi gelaran Raja Bukit pula, John Kronborg Ebsen dari pasukan Infinite AIS Cycling Team masih mempertahankan jersi tersebut sejak daripada peringkat kedua, manakala Jersi Putih pula bertukar tangan daripada Yevgeniy Gidich kepada pelumba Nippo - Vini Fantini, Hideto Nakane.
Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) pula utuh di tempat pertama dalam carta pelumba terbaik negara dengan catatan masa keseluruhan 23 jam 10 minit 14 saat.
Seramai 106 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini yang membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.