PAS Ajak UMNO, PH Heret 'Penjenayah Addendum' ke Muka Pengadilan
Sabasun Lancar Cawangan Keenam di Dungun
DUNGUN 6 Januari – Sabasun Hyperruncit yang terkenal dengan pelbagai barangan keperluan harian berkualiti, telah melancarkan cawangan keenamnya di daerah Dungun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, kejayaan itu meletakan Sabasun sebagai syarikat usahawan muslim yang sangat berjaya di Terengganu.
“Pembukaan Sabasun di Dungun ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan syarikat, tetapi juga melambangkan komitmen Sabasun dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat,” ujarnya.
Untuk rekod, majlis pecah tanah tapak pasar raya ini telah diadakan pada 18 Februari 2024 dengan pelaburan berjumlah RM10 juta.
Wan Sukairi turut memuji Sabasun kerana terus mengutamakan produk tempatan, sekali gus memberi peluang kepada peniaga kecil dan sederhana (PMKS) untuk memasarkan produk mereka.
“Inisiatif ini wajar dipuji kerana ia bukan sahaja membantu merancakkan aktiviti ekonomi, malah memperkukuhkan ekosistem perniagaan tempatan di peringkat akar umbi,” tambah beliau.
Dalam majlis yang sama, Sabasun turut menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) kepada 70 pelajar sekolah terpilih di Dungun.
Menurut Pengarah Eksekutif Sabasun, Che Suhana Che Ibrahim, semua pekerja di cawangan baharu itu terdiri daripada 100 peratus anak tempatan.
"Selain itu, Sabasun juga komited untuk tidak menjual sebarang produk yang berkaitan dengan negara Israel.
"Cawangan ini menampilkan reka bentuk moden dengan konsep mesra pelanggan, termasuk ruang beli-belah yang lebih luas dan selesa.
"Pelbagai promosi menarik turut diadakan sempena pembukaan pasar raya ini bagi menarik lebih ramai pelanggan," katanya.