KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Seramai 150 orang anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan diraikan dalam program 'Shopping Raya Aidilfitri Dun Bandar 2026' yang diadakan di Mydin Mall Kuala Terengganu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed, berkata setiap peserta menerima peruntukan RM150 bagi membeli pakaian raya seperti baju, seluar, kasut dan selipar sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
"Melihat kegembiraan dan senyuman anak-anak ini menjadi satu kepuasan yang sukar digambarkan," jelasnya dalam sosialnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Mydin Mall Kuala Terengganu atas kerjasama yang diberikan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
"Semoga segala usaha kebajikan ini diberkati Allah SWT," katanya.
Tag :