Serikandi Pertaruh 27 Peserta Di Kejohanan Sukan Melaka

Wakil Serikandi yang menyertai PTIWBNM di Melaka pada tahun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Seramai 27 peserta termasuk jurulatih mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017 di MITC, Melaka selama tiga hari bermula hari ini.

Serikandi diketuai oleh Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria.


PTIWRBNM di Melaka pada kali ini disertai 558 peserta membabitkan 14 negeri dan mereka akan bertanding dalam perlawanan badminton serta tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.

Majlis perasmian PTIWRBNM disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron.

Majlis penutup program tersebut dijangka dirasmikan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 November ini di MITC, Melaka.

Tag: