lightning-solid
Berita :
"Siapa Bakal Raja Bola Dungun?
"Siapa Bakal Raja Bola Dungun?
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
1 hari yang lepas
69

DUNGUN, 14 Februari - Sebanyak 16 pasukan bakal merebut gelaran "Raja Bola Sepak Dungun" dalam Kejohanan Bola Sepak Piala YB Ahli Parlimen Dungun.

Kejohanan selama dua hari berakhri hari ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Piala ADUN sebelum ini, dengan empat pasukan terbaik daripada kejohanan terdahulu turut menyertai saingan kali ini. 

Berlangsung di Padang Bola Sepak Arena dan Padang Bola Sepak Kampung Che Lijah, Dungun, antara pasukan yang bertanding ialah Bukit Besi FC A, Kosong FT, SM Pasar FC B, JR FC, Che Lijah FC, Jerangau Sungai FC, Pinang Merah FC, Seven Stone FC, SM Pasar FC A, Pulapol FC, Bukit Besi FC B, Blaze Arena FC, Felda Kerteh 2,3 FC, FT Pancaroban FC, De Awang FC dan Best FC. 

Menurut Pengarah Program, Muhammad Imaluddin Alis, program ini anjuran Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dengan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Daerah Dungun (PBSDD) dan menyediakan ganjaran wang tunai kepada para pemenang.

Pasukan yang muncul sebagai juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, manakala naib juara akan menerima RM1,000. Pasukan yang menduduki tempat ketiga bersama pula akan menerima RM500.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, memperkukuh perpaduan komuniti serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena bola sepak di Parlimen Dungun.

"Kejohanan ini bukan sekadar pentas untuk mengetengahkan potensi dan bakat bola sepak dalam kalangan belia setempat, bahkan berperanan sebagai wadah memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemai semangat kesukanan dalam komuniti." ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan