lightning-solid
Berita :
SM Imtiaz Marang Diiktiraf Sebagai Apple Distinguished School
SM Imtiaz Marang Diiktiraf Sebagai Apple Distinguished School
Abdul Fattah Kamarudin
19 jam yang lepas
960

KUALA TERENGGANU, 23 Februari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Marang menerima pengiktirafan daripada pihak Apple bagi tempoh 2025–2028.

Wan Noraini Wan Daud dari bahagian Leadership & Learning Apple berkata, kejayaan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah Apple Distinguished School (ADS) kerana telah melepasi syarat kecemerlangan pendidikan dan inovasi dalam penggunaan teknologi Apple (seperti iPad dan Mac) dalam pembelajaran dan pengajaran.

IMG_3226.jpeg 65.3 KB
"Pengiktirafan ini meletakkan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang dalam kelompok kira-kira 1,000 sekolah terpilih di seluruh dunia dan antara 15 sekolah di Malaysia yang dianugerahkan status ADS," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Apresiasi Anugerah Apple Distinguished School SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed di Hotel Permai, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pengarah Yayasan Terengganu, Ahmad Farhan Abdul Wahab serta Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang, Wan Azman Wan Abdullah.

IMG_3225.jpeg 486.48 KB
Wan Noraini memaklumkan, sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah tahfiz di Terengganu yang menerima pengiktirafan ini.

“Di Terengganu, SM Imtiaz Marang merupakan satu-satunya sekolah tahfiz yang menerima pengiktirafan ADS. Di Malaysia terdapat kira-kira 15 sekolah yang menerima pengiktirafan ini, manakala sekitar 1,000 sekolah diiktiraf di peringkat dunia,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong yang juga Pengerusi PIBG sekolah berkenaan turut menyatakan rasa bangga atas pengiktirafan tersebut.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa institusi pendidikan tahfiz mampu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa, sekali gus melahirkan generasi Ulul Albab yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang agama, malah berdaya saing di peringkat global.


Tag :

Artikel Berkaitan